Mahkamah Tetapkan 20 September Bicara Kes 14 Lelaki Berpakaian Wanita

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu menetapkan 20 September depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes membabitkan 14 lelaki yang didakwa berlagak seperti perempuan dengan berpakaian wanita pada tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas dua kes yang sebelum ini didengar secara berasingan, masing-masing melibatkan tujuh tertuduh, disatukan dalam satu prosiding di hadapan hakim baharu.

Mohon Semua Dokumen Kes Diserahkan

Peguam yang mewakili kesemua tertuduh, Muhammed Syarafi Mohd. Salleh berkata, pihak pembelaan memohon supaya pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes termasuk surat-menyurat sebagai persediaan menghadapi perbicaraan.

Mahkamah turut membebaskan kesemua 14 tertuduh dengan bon jaminan polis sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Didakwa Berpakaian Wanita Di Apartmen

Sebelum ini, tujuh lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah atas pertuduhan memakai pakaian wanita di sebuah apartmen di Jalan Mahmood, Kota Bharu pada 30 Mei tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berpakaian seperti wanita dengan memakai pakaian lengan panjang ketat, seluar ketat, kasut tumit tinggi dan skirt pendek paras atas paha di sebuah dewan serba guna apartmen berkenaan kira-kira jam 11 malam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Muhammed Syarafi Mohd. Salleh yang dibantu Mohd. Faqqhuruddin Mohd. Nasir dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Kelantan, Shamsiah Hassan.

Sumber: Kosmo

TERKINI

Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!