7 tahun bicara, keputusan kes 1MDB Najib diumum 26 Disember ini

PUTRAJAYA – Selepas tujuh tahun perbicaraan dengan 302 hari prosiding, Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 26 Disember untuk menyampaikan keputusan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh itu walaupun pihak pembelaan masih belum selesai mengemukakan hujahan balas.

“Pihak pembelaan boleh meneruskan hujahan pada 4 November ini… Namun saya nyatakan di sini bahawa keputusan akan saya sampaikan pada 26 Disember,” katanya di mahkamah.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Kes berprofil tinggi itu menarik perhatian antarabangsa dengan melibatkan 50 saksi pendakwaan, 26 saksi pembelaan dan sembilan hari hujahan lisan.

Najib, 72, pertama kali didakwa pada 20 September 2018, manakala perbicaraan bermula hampir setahun kemudian pada 28 Ogos 2019. Pihak pendakwaan menutup kes pada 30 Mei 2024, dan mahkamah memerintah beliau membela diri atas semua pertuduhan pada 30 Oktober 2024.

Prosiding pembelaan berlangsung antara Disember 2024 hingga Mei 2025 dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan peguam bela.



Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!