DSV dedah miliki 20 rumah, bagi staf & keluarga tinggal percuma

Usahawan sensasi asal Kelantan, Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian selepas mendedahkan bahawa beliau memberikan staf serta ahli keluarganya tinggal secara percuma di kediaman miliknya.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, beliau memiliki 20 buah rumah namun hanya sebuah sahaja didiami sendiri, manakala selebihnya dihuni pekerja dan saudara-mara terdekat. Malah, semua bil utiliti turut ditanggung olehnya.

“Saya ada 20 buah rumah, tapi hanya sebuah rumah sahaja saya diami sekarang. Selebihnya saya bagi staf dan saudara-mara tinggal percuma.

Bil api, air semua saya bayar. Itulah tanggungjawab saya kepada mereka yang dekat,” katanya kepada pemberita.

Mengulas nilai keseluruhan hartanah tersebut, Vida menyatakan jumlahnya dianggarkan mencecah RM50 juta, merangkumi rumah komersial serta kediaman mewah pelbagai jenis termasuk unit bernilai RM2 juta, RM1 juta dan RM600,000.

Beliau turut mengakui banyak pihak berminat membeli hartanah itu, namun Vida memilih untuk menyimpannya sebagai aset jangka panjang.

“Ada orang nak beli, cuma saya tak mahu jual lagi. Kalau saya jual sekarang, nak dapat semula tanah dan kawasan macam itu memang tak akan jumpa.

Jadi saya simpan sahaja untuk generasi akan datang,” katanya.

Bercakap mengenai strateginya membeli hartanah, Vida menjelaskan pembelian dibuat bukan semata-mata atas faktor pelaburan tetapi lebih kepada keselesaan dan ‘rasa’ terhadap lokasi terbabit.

“Sebenarnya rumah dekat Ipoh ini tak boleh dijadikan pelaburan sangat, harga dia tak naik tinggi. Saya beli rumah sebab saya suka.

Sebelum beli, saya tengok dulu keadaan sekeliling… feng shui, aura kawasan itu. Saya beli ikut tempat yang saya rasa ada aura positif,” jelasnya.


KD: Lain macam murah hati DSV — siap taja bil api air lagi. Kalau semua majikan macam ni, lega ramai tak pening nak bayar sewa setiap bulan.

Sumber: Gempak

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!