Tersalah Tekan Pedal Minyak, Honda City Rempuh Kedai Dobi Di Wakaf Bharu

Sebuah kereta dipercayai tersalah tekan pedal minyak merempuh sebuah premis dobi di Wakaf Bharu, Tumpat pagi tadi, menyebabkan kerosakan pada pintu kaca dan peralatan kedai.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang wanita berusia lingkungan 50-an.

Akibat rempuhan tersebut, pintu kaca premis pecah, dinding tercalar serta kerusi pelanggan turut rosak.

Pelanggan Sempat Lari, Tiada Cedera

Pekerja premis, Mohd Saber Mohd Rofid, 26, berkata dia ketika itu berada di ruang belakang sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dari bahagian hadapan.

“Saya nampak sebuah kereta sudah berada dalam kedai (dobi) dan keadaan menjadi huru-hara.

“Ketika itu ada tiga pelanggan dalam kedai dan kami beramai-ramai membantu pemandunya keluar dari kereta.

“Wanita itu panik dan menangis sebelum ditenangkan oleh orang ramai dan dia juga tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Pemilik Anggar Kerugian RM5,000

Sementara itu, pemilik premis, Farah Amani Adnan, 29, berkata pemandu terbabit merupakan pelanggan tetap kerana sering datang mencuci pakaian di kedai dobi tersebut.

Menurutnya, sebelum kejadian, wanita itu dipercayai melalui hadapan premis sebelum membuat pusingan U untuk memarkir kenderaan.

“Dikatakan dia tertekan pedal minyak dalam keadaan stereng masih belum dibetulkan dan terus merempuh premis saya.

“Ketika itu ada tiga pelanggan dalam kedai dan nasib baik mereka sempat lari dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Farah berkata, kejadian itu merupakan insiden pertama berlaku sejak premis tersebut beroperasi sembilan tahun lalu.}

Jumlah kerugian pula dianggarkan sekitar RM5,000 dan laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Tumpat.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!