Penyokong Kelantan Red Warrior FC kini hanya mampu menunggu.
Esok, 16 Julai, bakal menjadi hari yang cukup penting apabila badan bebas First Instance Body (FIB) membuat keputusan mengenai status pelesenan PDRM FC.
Setakat ini, Malaysian Football League (MFL) sudah mengesahkan 11 daripada 12 pasukan yang akan beraksi dalam Liga Super Malaysia musim 2026/2027.
Hanya satu slot masih belum terisi.
Jika PDRM FC gagal memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan, peluang itu dijangka menjadi milik Kelantan Red Warriors FC.
KRW dilaporkan berada dalam kedudukan terbaik selepas melengkapkan dokumen berkaitan kriteria kewangan dan dilihat lebih bersedia berbanding beberapa lagi pasukan yang turut memohon slot Liga Super.
Musim lalu, KRW menamatkan saingan Liga A1 Semi-Pro di tangga keempat, namun peluang untuk kembali ke pentas tertinggi bola sepak negara masih terbuka.
Kini segala-galanya bergantung kepada keputusan FIB yang bakal diumumkan esok, 16 Julai.
