Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu

[Dikemaskini] Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila empat pasukan dari Malaysia dan Thailand berentap dalam kejohanan pra musim Liga Super, Sri Semantan Cup 2026/2027 yang akan berlangsung di Kota Bharu.

Kejohanan itu dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026 di Stadium Sultan Muhammad IV.

sri semantan cup 2026


Empat pasukan yang bakal beraksi ialah Kelantan City FC, PDRM FC, Penang FC dan Pattani FC dari Thailand.

Kelantan City FC yang dijenamakan semula dari Kelantan WTS FC bakal menggunakan kejohanan ini sebagai persiapan menghadapi saingan Liga A1 musim 2026/2027.

PDRM FC pula hadir sebagai salah satu pasukan Liga Super, manakala Penang FC menamatkan saingan Liga Super musim 2025/2026 di tangga kelapan.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Pattani FC yang berjaya melayakkan diri ke Thai League 1, iaitu divisyen tertinggi bola sepak Thailand.

Sri Semantan Cup dijangka menjadi pentas terbaik buat setiap pasukan menguji taktikal, keserasian pemain dan persiapan menjelang sepak mula Liga Super musim baharu.

Sebelum ini dilaporkan Kelantan Red Warrior FC (KRW) akan membawa cabaran dalam aksi pra musim ini, namun penganjur mengesahkan perubahan kepada pasukan Kelantan City FC yang bakal beraksi.

Penyokong bola sepak khususnya di Kelantan dijemput hadir bagi memeriahkan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV serta memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!