Ceramah, Papan Iklan Tidak Lagi Berkesan Perangi Jenayah Komersil – Ketua Polis Kelantan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan mengubah pendekatan kempen pendidikan awam berkaitan jenayah komersial dengan memberi tumpuan kepada media sosial dan stesen penyiaran utama bagi memastikan mesej pencegahan penipuan dalam talian dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, langkah itu diambil selepas kaedah konvensional seperti ceramah bersemuka di sekolah dan komuniti serta penggunaan papan iklan didapati kurang memberi impak dalam meningkatkan kesedaran orang ramai.

Perkasa Kempen Melalui Media Elektronik

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan supaya memanfaatkan sepenuhnya platform media elektronik termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta stesen radio dan televisyen tempatan.

"Kita bimbang dengan perkembangan kes jenayah komersil ini. Hasil pemerhatian mendapati pendekatan memberikan ceramah di sekolah atau bersama komuniti masyarakat setempat sebelum ini nampak kurang berkesan.

"Oleh itu, sekarang kita mahu memperkasakan kempen melalui media sosial. Saya telah mengarahkan pegawai media untuk menyerapkan isu-isu serta kesedaran jenayah komersil ini ke dalam akaun TikTok PDRM Kelantan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Papan Iklan Kurang Berkesan

Mengulas mengenai kempen secara fizikal, Mohd Yusoff berkata penggunaan papan iklan di tepi jalan juga tidak lagi memberi keberkesanan yang diharapkan kerana pengguna jalan raya tidak mempunyai masa mencukupi untuk membaca maklumat yang dipaparkan.

"Kalau kita tayang di papan billboard pun tidak ramai yang faham, malah pemandu tidak sempat membaca butiran terbabit ketika memandu.

"Mesej pencegahan jenayah komersil ini berbeza dengan kempen lain, ia memerlukan masyarakat untuk mendengar, membaca dan meneliti maklumat dengan tekal, bukan sekadar imbasan sepintas lalu," katanya.

Beliau berharap kehadiran pegawai JSJK di stesen radio dan televisyen secara berkala dapat menjadi platform terbaik untuk berkongsi isu semasa serta modus operandi terkini yang digunakan sindiket penipuan, sekali gus membantu masyarakat lebih berwaspada dan tidak mudah menjadi mangsa scammer.

Sumber: Bernama

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!