Bayi Lahir Di Kelantan Berpeluang Miliki Akaun Emas Tajaan Kerajaan Negeri

Kelahiran cahaya mata bukan sahaja membawa kegembiraan kepada keluarga, malah turut diraikan Kerajaan Kelantan menerusi Skim Cakna Aulad yang menawarkan tajaan pembukaan akaun tabungan emas bernilai RM100 kepada bayi yang lahir antara 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.

Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat negeri, Datuk Rohani Ibrahim, skim yang diperkenalkan sejak 2019 itu diwujudkan bagi menghargai kelahiran anak-anak Kelantan selain menggalakkan ibu bapa memulakan amalan menabung untuk masa depan anak sejak usia bayi.

Sehingga kini, seramai 8,955 ibu dan anak telah menerima manfaat skim tersebut bagi tempoh 2019 hingga 2025 dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM777,650.

30 Penerima Bagi Setiap DUN

Bagi tahun 2026, kerajaan negeri menyasarkan seramai 1,350 bayi menerima tajaan pembukaan Akaun Tabungan Emas bernilai RM100, melibatkan 30 penerima bagi setiap DUN di seluruh Kelantan.

Rohani berkata, bantuan itu bukan sekadar simbol penghargaan kepada keluarga yang menerima kelahiran baharu, malah diharap menjadi pemangkin kepada ibu bapa untuk merancang kewangan anak-anak dengan lebih teratur sejak awal.

Syarat Permohonan Dan Tarikh Tutup

Beliau berkata, bayi mestilah dilahirkan di Kelantan bagi melayakkan permohonan, selain perlu mengemukakan salinan kad pengenalan ibu dan bapa, salinan MyKid atau sijil kelahiran bayi serta dokumen sokongan yang diperlukan.

Katanya, permohonan yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat meragukan tidak akan diproses.

Borang permohonan boleh diperoleh di pejabat ADUN masing-masing sebelum dihantar kepada Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) selewat-lewatnya pada 20 Julai ini.

skim cakna aulad negeri kelantan


Pelaksanaan Skim Cakna Aulad 2026 dijayakan oleh U-KeKWa dengan kerjasama NGO Beliawanis DUN serta Kelantan Gold Trade (KGT).

Rohani turut menggesa ibu bapa yang mempunyai bayi dalam tempoh kelayakan supaya tidak melepaskan peluang memohon skim berkenaan kerana ia mampu menjadi permulaan kepada jaminan kewangan anak-anak sejak awal kehidupan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!