Annuar Musa Sasar Kelantan City Muncul Juara Liga A1 Semi Pro

Kelantan City tidak mahu sekadar menjadi pencabar dalam Liga A1 Semi Pro musim ini, sebaliknya menyasarkan kejuaraan sebagai matlamat utama pasukan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran minimum yang ditetapkan ialah berada dalam kelompok empat terbaik, namun beliau menegaskan pasukan itu dibina untuk muncul sebagai juara.

"Kita letak sasaran 'top four' minimum, tapi kita 'are going for championship'. Kejuaraan, itu yang kita beritahu kepada pengurusan.

"Kita adalah pasukan yang dibina untuk menjadi juara, bukan sekadar melengkapkan saingan. Kita membina pasukan untuk menjadi 'the winning team'," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Memperkenalkan Pemain Kelantan City FC di Dewan Rimba Bukit Marak.

Menurut Annuar, beliau mahu menghargai kepercayaan penaja yang menyokong kelab dengan memastikan pasukan memberikan prestasi terbaik di atas padang.

Katanya, beliau bukan sahaja memegang jawatan sebagai presiden, malah turut melabur dalam kelab bersama beberapa rakan termasuk bekas pemain era treble Kelantan.

"Saya sendiri melabur. Selain minat dan penghormatan, saya sendiri turut melabur bersama kawan-kawan dan bekas pemain treble. Maknanya kita ada pengharapan yang besar.

"Kita mahu jadi juara supaya penaja berbangga dan terus bersama kita dalam tempoh yang panjang," katanya.

Dalam masa sama, Annuar berkata setiap pemain akan dinilai setiap bulan menerusi laporan bertulis yang merangkumi aspek kecergasan, disiplin dan prestasi.

barisan pemain kelantan city 2026 2027

Barisan pemain Kelantan City FC yang diperkenalkan

Katanya, pemain yang gagal mencapai standard ditetapkan akan diberikan amaran sebelum tindakan lebih tegas diambil.

"Saya sudah beritahu kepada jurulatih, setiap pemain ada laporan bertulis bulanan.

"Pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik selepas tiga bulan akan dapat 'surat cinta'. Kita beri amaran dahulu supaya mereka memperbaiki kecergasan, disiplin dan prestasi.

"Masuk bulan keempat surat kedua. Kalau masih tidak berubah, mereka akan digugurkan," katanya.

Beliau turut memaklumkan Kelantan City masih dalam rundingan mendapatkan beberapa pemain berprofil tinggi yang ketika ini masih mempunyai kontrak bersama pasukan Liga Super.

Menurutnya, kehadiran pemain berpengalaman itu penting bagi membimbing pemain muda selain meningkatkan daya saing pasukan.

"Kita ada dua atau tiga lagi pemain yang sedang dirundingkan. Kita simpan untuk pemain bertaraf tinggi yang mungkin masih mempunyai kontrak Liga Super.

"Kita mahu pemain baharu mendapat inspirasi daripada tonggak-tonggak ini. Walaupun bermain di Liga A1, kita tidak mahu bermain mengikut standard Liga A1.

"Kita mahu kompetitif dengan mana-mana pasukan Liga Super," katanya.

Annuar berkata, Kelantan City memilih untuk memulakan perjalanan di Liga A1 Semi Pro bagi memastikan kelab berada dalam keadaan stabil dari aspek pengurusan dan kewangan.

"Cuma kita hendak bermula di medan A1 supaya kita stabil dan kukuh dari segi pengurusan serta kewangan.

"Gaji wajib dibayar dan kita menggunakan sistem bonus. Setiap kali menang perlawanan, pemain akan menerima bonus," katanya.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!