Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat

Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi pada tahun 2015 masih meninggalkan kesan mendalam kepada salah seorang mangsa yang terselamat, Miksudiar Aluj.

Miksudiar, kini berusia 22 tahun, mengakui dia masih trauma dan enggan mengingati semula pengalaman getir ketika tersesat selama 47 hari di hutan tebal sekitar Bertam, Pos Tohoi.

miksudiar

Miksudiar yang kini berusia 22 tahun. (Foto: Berita Harian)


“Sepanjang hilang 47 hari dalam hutan dulu, saya tak dengar suara orang memanggil atau mencari saya dan rakan lain,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian pada 23 Ogos 2015, tujuh murid Orang Asli dilaporkan melarikan diri dari asrama sekolah selepas dipercayai takut dikenakan hukuman kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.

Kehilangan mereka kemudian menggemparkan seluruh negara apabila operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama berminggu-minggu tanpa petunjuk jelas.

Bertahan Dengan Daun Dan Buah Hutan

Miksudiar berkata, sepanjang tempoh tersesat di dalam hutan, dia yang ketika itu berumur 11 tahun bersama rakannya, Norieen Yaakob, 10, hanya bergantung kepada daun, buah-buahan hutan dan air sungai untuk meneruskan kelangsungan hidup.

miksudiar sk tohoi

Miksudiar dan Norieen diberi minuman sejuru pasukan penyelamat menemui mereka


“Selepas kami sesat, saya ada juga keluar dari tempat kami sembunyi untuk mencari orang yang boleh menyelamatkan kami, tetapi malangnya tiada.

“Sepanjang berada dalam kawasan hutan, hanya daun dan buah hutan menjadi makanan kami, selain minum air sungai,” katanya.

Kedua-dua mereka akhirnya ditemui selamat selepas 47 hari hilang, dalam keadaan kurus kering, kelaparan dan mengalami dehidrasi teruk.

norieen dan miksudiar

Keadaan Norieen (kiri) dan Miksudiar ketika ditemui pasukan penyelamat

Ketua Polis Kelantan ketika itu, Mazlan Lazim memaklumkan mereka ditemui kira-kira 3.3 kilometer dari pusat operasi mencari dan menyelamat ketika berlindung di bawah akar pokok di tebing Sungai Perias.

Lima Rakan Tidak Kembali

Namun nasib lima lagi rakan mereka jauh lebih menyayat hati.


Mereka yang dikenali sebagai Haikal Yaakob, 8 tahun; Sasa Sobrie, 8 tahun; Ika Ayel, 9 tahun; Juvina David, 7 tahun dan Linda Rosli, 8 tahun, ditemui meninggal dunia di dalam hutan.

miksudiar dibawa pulang

Pasukan penyelamat membawa pulang Miksudiar dan Norieen menggunakan bot

Menurut laporan ketika itu, Norieen memaklumkan bahawa abangnya, Haikal, dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Perias.

Trauma Masih Berbekas

Selepas ditemui, Miksudiar menerima rawatan intensif akibat kekurangan zat makanan, kehilangan berat badan yang banyak serta trauma emosi.

Dia turut menjalani rawatan dan sesi kaunseling di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Menurutnya, sehingga hari ini dia dan Norieen jarang berbincang mengenai tragedi berkenaan walaupun pernah bertemu beberapa kali selepas kejadian.

miksudiar dan norieen sk tohoi

Keadaan Miksudiar dan Norieen sebelum dibawa ke hospital


“Kami tidak pernah bercerita mengenai perkara itu kerana tidak mahu trauma tersebut berulang,” katanya.

Kini, Norieen sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak, manakala Miksudiar masih bujang serta menetap bersama keluarganya di Kampung Gawen.

Walaupun masih dibayangi kenangan pahit, Miksudiar bersyukur kerana terselamat daripada tragedi yang pernah menggemparkan negara itu.


Sumber: Harian Metro, Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!