Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir

Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa bekerja mencuci kereta bagi membantu menyara ibu serta adik-adiknya akhirnya menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Kisah adik Shamir dari Kampung Repek, Pasir Mas itu sebelum ini tular selepas didedahkan oleh Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau lebih dikenali sebagai Abbe Hae.

BERKAITAN: Anak 15 Tahun Terpaksa Cuci Kereta Demi Beli Beras Untuk Ibu Dan Empat Adik Di Pasir Mas


Menurut perkongsian MAIK, dalam usia yang masih muda, Shamir terpaksa memikul tanggungjawab besar demi memastikan empat adiknya dan ibu mereka tidak kelaparan.

Ketika ibunya, Hafizan, melarangnya bekerja, remaja itu hanya mampu menjawab:

“Kalu abbe tok kijo, adik dengan mama nok make gapo?”

Hidup Dalam Kesempitan

Difahamkan, suami Hafizan kini berada di penjara manakala beliau pula sedang hamil tujuh bulan.

Dengan pendapatan sekitar RM80 seminggu hasil mencuci kereta, Shamir menggunakan wang tersebut untuk membeli beras dan keperluan asas keluarga.

721780701_1438133278344115_1252681398170209245_n

Foto: MAIK


Kesempitan hidup yang dihadapi menyebabkan keluarga itu pernah hanya menikmati nasi goreng tanpa lauk, dengan garam dan gula dijadikan penyedap rasa sekadar untuk mengalas perut.

Malah, mereka juga terpaksa keluar dari rumah sewa lama selepas gagal menjelaskan bayaran sewa selama empat bulan.

MAIK Salur Bantuan

Prihatin dengan nasib keluarga itu, MAIK bersama Pertubuhan Jejak Jalanan turun padang menyantuni mereka.

MAIK menyalurkan bantuan bekalan makanan dan Bantuan Am berjumlah RM1,600 kepada keluarga berkenaan.

Selain itu, MAIK turut menanggung kos sewaan rumah baharu sebanyak RM250 sebulan yang berjaya diperoleh hasil usaha Pertubuhan Jejak Jalanan.

Pada masa sama, MAIK memaklumkan bahawa Bantuan Bulanan turut sedang dipertimbangkan bagi membantu menampung perbelanjaan harian keluarga tersebut dalam jangka masa panjang.

Hafizan yang terharu dengan bantuan diterima merakamkan penghargaan kepada semua pembayar zakat MAIK yang membantu keluarganya ketika berada dalam keadaan sukar.

“Terima kasih kepada semua pembayar zakat. Bantuan ini sangat bermakna untuk kami. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa semua yang membantu keluarga kami ketika kami benar-benar susah.”


Sumber: MAIK

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!