Anak 15 Tahun Terpaksa Cuci Kereta Demi Beli Beras Untuk Ibu Dan Empat Adik Di Pasir Mas

Kisah seorang remaja berusia 15 tahun yang terpaksa mencuci kereta bagi membantu membeli beras untuk ibu serta empat adik-adiknya mengundang rasa sebak ramai.

Perkara itu dikongsikan Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau lebih dikenali sebagai Abbe Hae menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, remaja yang kini berada di Tingkatan 3 itu memperoleh upah sekitar RM80 seminggu hasil kerja mencuci kereta bagi membantu menampung keperluan asas keluarga.

Tiga Adik Tidak Bersekolah

Abbe Hae berkata, tiga adik kepada remaja berkenaan yang masih berada di sekolah rendah tidak lagi bersekolah kerana faktor kemiskinan serta lokasi sekolah yang jauh.

Malah, ibu mereka turut berdepan tekanan apabila terpaksa keluar dari rumah sewa selepas gagal menjelaskan tunggakan sewa selama empat bulan.

Menurutnya, pemilik rumah tidak mempunyai pilihan selain menyewakan rumah itu kepada penyewa lain.

Suami Jalani Hukuman Penjara

Difahamkan, suami kepada wanita terbabit sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah yang tidak berkaitan dengan dadah.

Melihat keadaan keluarga itu, Abbe Hae mengambil keputusan untuk membantu walaupun mengakui dirinya sendiri berdepan kekangan dana kerana perlu menanggung pelbagai kos bantuan asnaf setiap bulan.

“Abbe amat simpati dan mengambil keputusan membantu ibu dan anak-anak ini walau Abbe sendiri kekurangan dana kerana telah banyak menampung kos tetap asnaf setiap bulan,” katanya.

Rumah Baharu Berdekatan Sekolah

Pada hari yang sama, Abbe Hae bersama pasukannya bertindak mencari kediaman baharu yang lebih sesuai untuk keluarga tersebut.

Usaha itu membuahkan hasil apabila mereka berjaya menemukan sebuah rumah kosong untuk disewa berhampiran sekolah.

Beliau memaklumkan keluarga berkenaan akan dipindahkan ke rumah baharu dan anak-anak yang tercicir akan dibantu untuk kembali bersekolah.

“Alhamdulillah rezeki langkah kanan, rumah kosong untuk disewa berhampiran sekolah telah Abbe temui. Anak-anaknya akan Abbe sekolahkan semula,” katanya.

Kekurangan Dana

Abbe Hae turut meluahkan tentang kekurangan dana yang dialami beliau kerana banyak menampung kos asnaf setiap bulan secara tetap. Namun beliau percaya perkara itu tidak akan menjadikannya miskin dengan membantu golongan yang amat memerlukan.

Beliau juga memohon orang ramai mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan perniagaan beliau semakin berkembang agar dapat terus membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

KD: Jom support Abbe Hae untuk terus melakukan kerja-kerja kebajikan dengan membeli produk Abbe Hae di Tiktok rasmi beliau Disini


Sumber: Abbe Hae

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!