PPM Rampas Rokok Seludup, Arak Bernilai RM1.9 Juta Di Kelantan

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya merampas 50 karton minuman keras dan 976,800 batang rokok putih seludup dianggarkan bernilai RM1.9 juta menerusi dua operasi berasingan di Kelantan.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal berkata, rampasan itu dibuat dalam Op Taring Gelora dan Op Taring Landai yang dijalankan pada tengah malam Khamis serta semalam.

Vessel Nelayan Dijadikan Tempat Simpan Arak

Menurut beliau, serbuan pertama dilakukan di Tok Bali, Pasir Puteh apabila anggota bot ronda menyerbu sebuah vessel nelayan tempatan kelas C2 yang dipercayai tidak lagi menjalankan aktiviti perikanan kerana lesennya telah tamat tempoh.

"Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 50 karton mengandungi 396 liter minuman keras yang dilarang pengimportannya dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.5 juta termasuk cukai.

"Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku sebagai penjaga tempat itu dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Hampir Sejuta Batang Rokok Seludup Dirampas

Dalam operasi kedua pula, Unit Risikan Marin (URM) mengesan sebuah lori dan kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan di Salor, Pasir Mas sebelum mengejar kedua-dua kenderaan itu sejauh 16 kilometer hingga ke Ketereh.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu berjaya melarikan diri selepas kenderaan mereka terbabas di bahu jalan.

Pemeriksaan ke atas lori dan kereta berkenaan menemukan sebanyak 976,800 batang rokok putih seludup yang dilarang pengimportannya.

Menurut Mohd Khairuddin, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!