Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia

Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai kira-kira RM10,700 di dalam kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya membawa padah apabila dia ditahan polis dalam satu pemeriksaan jalan raya di Jalan Kampung Paloh Bukit Panau , Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek ditahan anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) dalam operasi yang dijalankan pada Isnin.

Menurut beliau, pemeriksaan awal ke atas kenderaan itu menemukan satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi air ketum disyaki mengandungi mitragynine dengan isipadu kira-kira 500 mililiter.

“Air ketum itu ditemukan di bahagian tempat kaki penumpang belakang sebelah kiri kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan seterusnya di bahagian tempat kaki penumpang hadapan sebelah kiri pula menemukan sebuah beg putih bertali yang mengandungi beberapa paket plastik berseal berisi pil disyaki dadah jenis yaba,” katanya dalam satu kenyataan.

Pil Merah Dan Hijau Dirampas

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati keseluruhan rampasan melibatkan 1,070 biji pil yaba terdiri daripada 1,058 biji pil berwarna merah dan 12 biji pil berwarna hijau.

Anggaran berat keseluruhan dadah tersebut adalah sekitar 107 gram dengan nilai pasaran dianggarkan RM10,700.

Mohd Haki berkata, kesemua barang kes dirampas manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pemilikan dadah jenis yaba dan air ketum.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta peruntukan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!