Lebih 10 Tong Sampah PBT Dibakar, Kelantan Rugi Lebih RM100,000

Kerajaan Kelantan menanggung kerugian melebihi RM100,000 selepas lebih 10 tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dibakar dalam tempoh tiga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, kejadian itu bagaimanapun dianggap sebagai kes terpencil.

Kos Ganti Tong Sampah Cecah RM15,000 Seunit

Menurut beliau, insiden membabitkan tong sampah yang dibakar biasanya berlaku sama ada sekali sebulan atau dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Katanya, perbuatan membakar tong sampah milik PBT merupakan tindakan tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada kerajaan, malah menjejaskan kemudahan awam yang disediakan untuk masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri Kelantan di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu.

Hilmi berkata, kos menggantikan tong sampah yang rosak adalah tinggi kerana setiap unit bergantung kepada kapasiti dengan harga antara RM10,000 hingga RM15,000.

Orang Ramai Diminta Bantu Cegah Vandalisme

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya bersama-sama menjaga kemudahan awam yang disediakan kerajaan.

Katanya, masyarakat juga diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang perbuatan vandalisme atau khianat terhadap harta benda milik PBT.

Menurut beliau, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kemudahan awam dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa kerajaan terus menanggung kerugian akibat perbuatan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!