Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK

Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia bagi tempoh 2025 apabila mencatatkan 1,105 penagih dan penyalah guna dadah bagi setiap 100,000 penduduk.

Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Siti Mariam Mursidan berkata, Kelantan berada di kedudukan teratas diikuti Terengganu dengan 997 orang, Perlis (970 orang) dan Kedah (965 orang).

Menurut beliau, faktor geografi yang terletak berhampiran sempadan negara menjadi antara punca utama kemasukan bekalan dadah ke pasaran tempatan, sekali gus memudahkan golongan penagih mendapatkan bahan terlarang tersebut.

Hampir 192,000 Tangkapan Direkodkan

Beliau berkata, secara keseluruhan sebanyak 191,832 tangkapan melibatkan penagih dan penyalah guna dadah serta bahan terlarang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Selain empat negeri terbabit, negeri lain yang turut mencatat kadar agak tinggi ialah Pahang dengan 795 orang, Pulau Pinang (757 orang), Melaka (659 orang) dan Perak (579 orang).

Bagaimanapun, beliau menjelaskan semua negeri masih berada dalam keadaan terkawal.

Dua Kampung Di Terengganu Dipilih Sebagai Perintis

Siti Mariam berkata demikian selepas menghadiri Program Kuala Nerus Car Free Hour (KNCFH) dan Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Peringkat Negeri Terengganu 2025.

Pada program sama, beliau turut mengumumkan pemilihan Kampung Gong Rawai di Kuala Terengganu dan Kampung Rawai di Marang sebagai perintis Program Kampung Aspirasi Bebas Dadah.

Menurutnya, pemilihan kampung berkenaan dibuat berdasarkan komitmen kepimpinan dan komuniti setempat dalam membantu AADK melaksanakan program pencegahan serta aktiviti berkaitan dadah.

“Pemilihan kampung bukanlah bermakna kawasan itu ramai penagih dadah, tetapi atas dasar kerjasama dan kesediaan komuniti dan pemimpin masyarakat terhadap sebarang usaha memerangi najis dadah.

“Terengganu agak istimewa kerana dua kampung dipilih sebagai projek perintis, di negeri-negeri lain hanya satu sahaja kampung angkat untuk program sama,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Warga Emas Maut, Empat Cedera dalam Nahas Dua Kereta di Ketereh
|
Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera…
KRW Perkenal Jersi Rasmi bagi Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) secara rasmi memperkenalkan jersi…
[VIDEO] KRW Bangkit Dua Kali Ikat Melaka FC 2-2 di Kota Bharu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) dua kali bangkit daripada…
Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members
|
Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara…
Jumlah Penduduk Kelantan Bagi Tahun 2026
|
Jumlah penduduk Kelantan dianggarkan meningkat kepada 1,925,300 orang pada…
Dari Penjual Tepi Jalan, Dolly Kini Dibayar Puluhan Ribu Untuk Hidang Teh
|
Di tepi sebatang jalan di Nagpur, India, seorang pemuda…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!