10 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Jalan Gok Kapur, Kampung Cina

Sebanyak 10 rumah jenis separuh kekal musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Gok Kapur, Kampung Cina, Kota Bharu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.34 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

KEMASKINI: Bomba Sahkan 27 Rumah Musnah, 18 Terselamat


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Shafei berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.


Menurut beliau, anggota dari BBP Kota Bharu dan BBP Kota Darul Naim bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Penilaian awal mendapati kebakaran melibatkan 10 unit rumah jenis separuh kekal dan tidak melibatkan mangsa,” katanya pada Isnin.



Beliau berkata, seramai 20 anggota bomba dengan bantuan lima jentera dikerahkan bagi mengawal kebakaran.

Jelasnya, aset yang digunakan melibatkan dua Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) serta dua lori tangki air.

KEMASKINI: Bomba Sahkan 27 Rumah Musnah, 18 Terselamat


Menurutnya, operasi pemadaman dan kerja-kerja pengawalan masih dijalankan ketika kenyataan dikeluarkan.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!