Kebakaran Gok Kapur: Bomba Sahkan 27 Rumah Musnah, 18 Terselamat

Sebanyak 27 rumah kediaman jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran besar yang berlaku di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu pada tengah hari Isnin, menyebabkan seramai 130 penduduk terjejas.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.34 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Sebelum ini, laporan awal memaklumkan hanya 10 rumah terlibat, namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati jumlah sebenar kediaman yang musnah jauh lebih tinggi.

27 Rumah Musnah, 18 Terselamat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Shafei berkata, pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan 27 daripada keseluruhan 45 rumah di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, sebanyak 18 rumah lagi berjaya diselamatkan daripada terus dijilat api.


"Jumlah keseluruhan kediaman yang terlibat ialah 27 buah daripada 45 rumah.

"Sebanyak 18 rumah terselamat daripada hangus," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

130 Mangsa Terjejas

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Datuk Dr Izani Husin berkata, seramai 130 mangsa terlibat dalam musibah tersebut.

Beliau memaklumkan telah turun padang ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan serta bertemu mangsa yang terkesan.

"Bagi membantu meringankan beban mangsa, kita membuka Tabung Kecemasan Kebakaran Gok Kapur dengan kadar segera," katanya.

Dr Izani turut menyeru orang ramai yang berkemampuan agar menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda akibat kebakaran itu.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!