Trend Vape Dalam Kalangan Remaja Di Kelantan Pada Tahap Membimbangkan

Trend penggunaan vape dalam kalangan remaja di Kelantan kini berada pada tahap membimbangkan apabila 214 individu dikenakan kompaun menerusi operasi penguatkuasaan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, jumlah itu merupakan rekod kedua tertinggi bagi kesalahan Orang Belum Dewasa (OBD) merokok di kawasan larangan merokok di bawah Seksyen 17(1) bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Menurutnya, kebanyakan yang dikenakan kompaun berusia antara 15 hingga 16 tahun dan melakukan kesalahan di tempat awam seperti kafe, kedai makan serta perhentian bas.

Akses Vape Semakin Mudah Jadi Punca Kebimbangan

Beliau berkata, kebimbangan utama ketika ini adalah kemudahan akses golongan muda terhadap produk vape yang semakin mudah diperoleh termasuk melalui premis yang berselindung di sebalik perniagaan lain serta jualan dalam talian.

“Malah, terdapat produk vape dengan pelbagai bentuk dan reka bentuk yang dipromosikan di media sosial sehingga menyerupai permainan dan menarik minat remaja,” katanya.

Tambahnya, PBT di Kelantan tidak mengeluarkan lesen khusus bagi penjualan vape kerana produk itu diharamkan di negeri ini, namun masih wujud premis yang dipercayai menjual secara tidak sah.

Operasi Bersepadu Diperkukuh

Menurut beliau, usaha membanteras penggunaan vape dalam kalangan remaja memerlukan pendekatan bersepadu termasuk kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan serta agensi penguatkuasaan lain.

“Penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi kerana mereka boleh mengelak dan menggunakan di tempat tersembunyi. Kesedaran adalah perkara paling penting,” katanya.

Beliau turut berkata, pendekatan berasaskan sains tingkah laku perlu digunakan bagi membantu remaja menolak penggunaan vape walaupun mengetahui risikonya.

Lebih 6,000 Premis Diperiksa

Bagi tempoh Januari hingga April 2026, sebanyak 6,032 premis telah diperiksa di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, 3,866 notis dikeluarkan di bawah Seksyen 47 dengan kompaun berjumlah RM907,500, selain 5,227 nasihat dan advokasi turut diberikan kepada premis terlibat.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!