Remaja Maut, Putus Tangan Kanan Selepas Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Mas

Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Pasir Mas pada Rabu lalu, termasuk seorang remaja lelaki yang putus tangan kanan selepas bertembung dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Mazlan Hassan berkata, kemalangan pertama berlaku kira-kira jam 5 petang di Jalan Lubok Gong-Jeram Perdah (Jalan Rantau Panjang Lama).

Menurut beliau, kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda EX5 yang ditunggang lelaki berusia 19 tahun dan sebuah kereta Honda Jazz.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju dan hilang kawalan sehingga memasuki laluan kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa gagal kembali ke laluan sebenar menyebabkan motosikal bergesel dengan bahagian hadapan sebelah kanan kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa Putus Tangan Kanan

Beliau berkata, remaja itu mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan selain putus tangan kanan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, dalam kejadian kedua, polis menerima laporan berkaitan kemalangan maut melibatkan seorang wanita berusia 47 tahun di Jalan Kubang Kuau, Kampung Pohon Stol, Rantau Panjang kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurut Mazlan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantis dipercayai terbabas sendiri.

“Akibat kecederaan parah di kepala, mangsa disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 19 jam ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kematian.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!