Masjid di Kelantan tawar tunai umrah percuma jika solat jemaah 30 hari di masjid

KOTA BHARU – Hanya dengan memenuhi syarat solat berjemaah selama 30 hari, anak muda di Kelantan berpeluang menunaikan umrah secara percuma melalui inisiatif Masjid Imanul Fa’izin, Padang Kala, Melor.

Pengerusi masjid, Nik Saiful Adli Burhan, berkata program Umrah Percuma Anak Kelantan itu memasuki edisi kedua dengan tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.

Katanya, sebanyak 80 anak muda berusia 20 hingga 35 tahun yang masih bujang akan dipilih, dan kali ini keutamaan diberikan kepada peserta dari kawasan hulu seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli, selain dari Machang, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

“Kita beri peluang kepada anak muda luar daerah yang belum pernah menyertai program sebelum ini. Pemilihan akan dibuat melalui temuduga khas pada 14 hingga 16 November ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nik Saiful berkata, peserta yang terpilih perlu menjalani latihan solat berjemaah selama 30 hari berturut-turut bermula 24 November hingga 23 Disember di masjid berkenaan sebelum dijangka berlepas ke Tanah Suci pada 4 Januari tahun depan.

Beliau menjelaskan, program itu bertujuan memperkukuh peranan masjid sebagai pusat pembentukan generasi muda berakhlak dan berdisiplin tinggi, selain memperkasakan aktiviti tarbiah serta pembangunan sahsiah anak muda negeri ini.

Masjid yang dikenali dengan jolokan Masjid Andalusia itu turut aktif menganjurkan Kem Bestari Solat bersama sekolah sekitar menggunakan modul rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



Siri pertama kem itu berlangsung di SMK Ketereh, melibatkan 83 pelajar dan 13 guru, serta dihadiri Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Ketereh, Juhairah Juzailah Abdullah.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan