Masalah Air Di Pasir Mas Dan Rantau Panjang Dijangka Selesai Menjelang Mac 2027

Penduduk di Pasir Mas dan Rantau Panjang dijangka boleh menarik nafas lega apabila masalah bekalan air yang berlarutan sekian lama dijangka selesai menerusi projek Loji Rawatan Air (LRA) Kelar 2.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Izani Husin berkata, loji berkapasiti 25 juta liter sehari itu dijangka mula menyalurkan bekalan air berkualiti kepada pengguna selewat-lewatnya Mac 2027.

Tampung Kekurangan Air Di Pasir Mas

Menurut beliau, Pasir Mas ketika ini masih berdepan kekurangan bekalan air sekitar 15 juta liter sehari walaupun LRA Kelar 1 sudah membekalkan 75 juta liter sehari.

Katanya, apabila LRA Kelar 2 siap nanti, ia bukan sahaja mampu menampung keseluruhan keperluan semasa malah menyediakan lebihan kapasiti sekitar 10 juta liter sehari untuk pembangunan baharu.

“Dengan siapnya Kelar 2 yang mempunyai kapasiti 25 juta liter sehari, ia mampu menampung keseluruhan keperluan di Pasir Mas dan masih mempunyai lebihan sekitar 10 juta liter sehari,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak projek LRA Kelar 2 pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Saizol Ismail dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Azhar Hanafi.

Rantau Panjang Turut Terima Manfaat

Daripada lebihan kapasiti itu, sebanyak tiga juta liter sehari akan disalurkan bagi menyelesaikan isu bekalan air di kawasan Rantau Panjang.

Antara kawasan yang bakal menerima manfaat ialah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Halal Hub, Penjara Satelit dan Lubuk Jong.

Menurut Dr Izani, projek LRA Kelar 2 kini sudah mencapai kemajuan 39.5 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2027 sebelum menjalani ujian sistem selama dua bulan.

Beliau berkata, bekalan air dijangka mula disalurkan kepada pengguna selewat-lewatnya Mac 2027 selepas proses ujian kuantiti dan kualiti selesai.

Kualiti Air Mentah Antara Terbaik

Dr Izani turut memaklumkan bahawa sumber air mentah bawah tanah di tapak projek tersebut antara yang terbaik di Kelantan.

Katanya, kandungan mangan dan besi di kawasan itu tidak signifikan dan boleh dirawat menggunakan sistem loji sedia ada.

Beliau menyifatkan keadaan itu jauh lebih baik berbanding beberapa kawasan lain seperti Merbau Chondong dan Kampung Teluk yang berdepan masalah serius berkaitan kualiti air mentah.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!