Kelantan Dijangka Tarik Lebih Ramai Pelancong Sepanjang Ramadan Ini

Kelantan menjangkakan kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri itu sepanjang Ramadan tahun ini, khususnya bagi merasai pengalaman berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih dalam suasana berbeza.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Kamaruddin Md Noor, berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan trend kedatangan pelancong pada Ramadan lalu.

Menurutnya, walaupun tiada data khusus jumlah pelancong yang berkunjung ke Kelantan setiap kali Ramadan, namun sambutan yang diterima sebelum ini memberi petanda positif untuk tahun ini.

“Antara tarikan Ramadan di Kelantan ialah menunaikan solat tarawih di Madinah Ramadan selain berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan Masjid Muhammadi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, lebih banyak masjid dijangka mengamalkan konsep seumpama Masjid Muhammadi pada Ramadan kali ini, dengan pihak pengurusan masjid masing-masing sedang membuat persiapan awal menjelang bulan puasa.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, kebanyakan hotel di Kelantan juga menawarkan pakej berbuka puasa pada harga berpatutan, sekali gus menjadi antara faktor penarik kepada pelancong dari luar negeri.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Juruwang Didenda RM5,000 Rakam Kakak Ipar Dalam Tandas Guna Pen Perakam
|
Seorang juruwang didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini…
Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Rohingya Tidak Layak Mohon Lesen, Pemilik Kenderaan Boleh Didakwa – JPJ Kelantan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak…
Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!