Harga Makanan Dijangka Naik Separuh Kedua Tahun Ini – Mohamad Sabu

Kerajaan menjangkakan harga makanan akan meningkat pada separuh kedua tahun ini susulan kenaikan kos penghantaran, baja serta makanan ternakan yang dikaitkan dengan krisis tenaga global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau mengakui kenaikan harga minyak dunia memberi tekanan kepada rantaian bekalan makanan negara termasuk sektor penternakan dan perikanan.

Katanya, antara perkara yang paling dibimbangi ketika ini ialah peningkatan kos bijirin ternakan dan soya yang menjadi bahan utama makanan ternakan ayam.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu selesa. Kita menjangkakan akan berlalu perubahan harga. Kita akan pantau dengan rapi kalau ada perubahan-perubahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Agro Penjaja-i di Putrajaya hari ini.

Malaysia Masih Bergantung Kepada Import

Mohamad berkata, ketika ini Malaysia masih bergantung kepada import bijirin ternakan dari beberapa negara termasuk Brazil dan Argentina.

Manakala bagi bekalan beras pula, negara masih mengimport dari Pakistan, India dan Bangladesh.

Menurutnya, walaupun tiada gangguan penghantaran ketika ini, kenaikan harga minyak dunia tetap memberi kesan kepada kos logistik serta bahan pertanian.

“Sama juga seperti bekalan baja dan urea, apabila berlaku krisis tenaga ia akan libatkan itu semua,” katanya.

Akuakultur Diperkukuh Untuk Stabilkan Bekalan Protein

Dalam perkembangan sama, Mohamad memaklumkan kementerian sedang mengambil langkah awal memperkukuh sektor akuakultur bagi memastikan bekalan protein negara kekal stabil.

“Jika hasil tangkapan laut berkurangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, bekalan akuakultur itu dapat dimanfaatkan.

“Usaha meningkatkan pengeluaran ikan ternakan dibuat lebih awal bagi menampung kemungkinan pengurangan hasil laut akibat peningkatan kos operasi nelayan,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang, pengeluaran ikan dari sektor akuakultur berupaya menampung bekalan protein sekiranya berlaku kekurangan hasil tangkapan laut.

Bekalan Makanan Asas Masih Terkawal

Mohamad turut memberi jaminan bahawa bekalan makanan asas ketika ini masih terkawal dan mencukupi termasuk bekalan beras yang mampu bertahan sehingga akhir tahun.

Beliau turut memaklumkan berlaku lambakan sayur di Cameron Highlands sehingga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terpaksa mencari jalan bagi mengelakkan kerugian akibat lebihan bekalan di pasaran.


Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!