Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh

Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang turut melibatkan sebahagian bangunan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.27 pagi itu, sebuah motosikal awam turut terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Lima Motosikal Terbakar

Menurut beliau, pasukan bomba tiba di lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan empat motosikal polis trafik, sebuah motosikal awam serta sebahagian bangunan.

“Anggaran kemusnahan melibatkan motosikal adalah 100 peratus manakala bangunan kira-kira 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Api Berjaya Dikawal Dalam Masa Singkat

Operasi pemadaman melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan 10 anggota bomba.

Kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 2.43 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.40 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Menurut Azhar Elmi, lokasi kejadian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!