Kursus beg kuning percuma bantu Anak Kelantan teroka bisnes online

KOTA BHARU – Peluang keemasan menanti para usahawan dan individu yang berminat menceburi dunia perniagaan digital apabila Pertubuhan Amal Harapan Kelantan membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai Kursus Asas Beg Kuning & Jualan Digital secara PERCUMA.

Kursus yang akan berlangsung pada 5 September 2025 (Jumaat) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Auditorium Ibu Pejabat KADA, Lundang, Kota Bharu, ini menghimpunkan barisan penceramah berpengalaman iaitu:

  • Asraff Jeffery (Monaliza) (usahawan digital),
  • Pok Ren (Makar Fest) (ikon kreatif),
  • Bee Mat Negepek (influencer media sosial).


Peserta akan didedahkan dengan teknik asas membangunkan jenama perniagaan, strategi pemasaran digital berkesan serta peluang menjana pendapatan melalui platform media sosial.

Menariknya, yuran penyertaan RM30 seorang kini ditaja sepenuhnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak muda dan usahawan kecil menyertai program ini tanpa sebarang bayaran.

Penganjur menegaskan bahawa tempat adalah terhad, justeru pendaftaran awal amat digalakkan bagi memastikan tempat anda terjamin.

📅 Tarikh: 5 September 2025 (Jumaat)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
📍 Lokasi: Auditorium Ibu Pejabat KADA, Lundang, Kota Bharu
💰 Yuran: Percuma (ditaja sepenuhnya)


Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan membina jaringan bersama usahawan serta influencer terkenal! –#KelantanDaily

Link Pendaftaran: https://tinyurl.com/KursusAsasBegKuning

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!