25 Individu Positif Dadah Di Pintu Masuk Sempadan Rantau Panjang

Seramai 25 individu dikesan positif dadah dan bahan terlarang hasil pemeriksaan Unit Antidadah Sempadan Rantau Panjang sepanjang tempoh Januari hingga 16 Mei lalu.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Supindi Usop berkata, sebanyak 234 individu telah menjalani pemeriksaan dan saringan di pintu masuk sempadan berkenaan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 15 individu didapati positif metamfetamina, manakala 10 lagi positif ketum atau mitraginin.

“Kesemua individu yang dikesan positif ialah lelaki berumur lingkungan 20 hingga 62 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majoriti Dikesan Selepas Masuk Dari Thailand

Supindi berkata, kebanyakan individu yang positif dipercayai berada lebih tiga hari di Thailand berdasarkan pengakuan mereka kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, ujian saringan biasanya dijalankan terhadap individu yang disyaki berdasarkan pemerhatian anggota bertugas termasuk keadaan fizikal dan tingkah laku mencurigakan.

“Pemantauan mendapati kebanyakan kes positif melibatkan individu yang memasuki negara antara 3 petang hingga 7 malam,” katanya.

Tambah beliau, terdapat juga kes yang dikesan pada waktu 6 pagi hingga 3 petang.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!