Tembok Sempadan Sungai Golok Mula Bina Tahun Ini, Libatkan 420 Pengambilan Lot Tanah

Pembinaan tembok keselamatan di sempadan Malaysia–Thailand di Kelantan dijangka bermula tahun ini selepas proses pengambilan tanah diselesaikan sepenuhnya.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata fasa pertama projek melibatkan rundingan bagi pengambilan 420 lot tanah di sepanjang tebing Sungai Golok.

Menurutnya, pengambilan tanah bernilai lebih RM250 juta itu perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana melibatkan pelbagai status hak milik termasuk tanah kerajaan, tanah persendirian serta sebahagian kawasan yang tidak mempunyai pemilik jelas.

“Selepas pengambilan tanah selesai, barulah pembinaan tembok akan dimulakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Isnin.

Mohd Yusoff menjelaskan, projek berkenaan merupakan usaha strategik kerajaan bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan, selain membanteras aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.

Menurut beliau, tembok keselamatan itu juga berfungsi sebagai struktur strategik pelbagai guna, termasuk membantu kawalan banjir di kawasan sungai.

Media sebelum ini melaporkan, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok keselamatan tersebut.

Tambah Mohd Yusoff, keadaan geografi Sungai Golok yang sempit serta cetek menyukarkan kawalan keselamatan dilaksanakan secara konvensional, meskipun dengan penggunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan, dron dan kamera litar tertutup.



“Oleh itu, pembinaan tembok ini menjadi satu keperluan strategik bagi mengekang penyeludupan dan pada masa sama mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!