Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu

Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki di Ladang Kemahang, Tanah Merah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah mengesahkan seorang lelaki cedera pada bahagian dagu selepas terkena tembakan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Khairul Amri Ab Kadir, 43.


Rondaan Kesan Pencuri Lembu Bertukar Detik Cemas

Menurut Mohd Haki, mangsa cedera ketika melakukan rondaan bersama rakannya bagi mengesan kegiatan mencuri lembu di kawasan ladang berkenaan.

Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.26 pagi.

“Sebelum kejadian, pengadu yang juga jurujual berusia 35 tahun bersama rakannya menjalankan rondaan di kawasan ladang berkenaan sejak jam 1.30 pagi.

“Sekitar 2.30 pagi, mereka terserempak dengan sekumpulan lebih kurang lima lelaki dipercayai warga tempatan dan warga Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Suspek Lepaskan Tembakan Jarak Dekat

Beliau berkata, suspek dipercayai bertindak melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah pengadu dan rakannya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tanah Merah dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan.


Motosikal EX5 Turut Dilarikan

Dalam kejadian sama, motosikal Honda EX5 milik mangsa turut dilaporkan dilarikan oleh salah seorang suspek yang dipercayai warga tempatan.

Polis kini giat mengesan dan memburu semua individu terlibat.

Mohd Haki turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

BERKAITAN: Pemuda Cedera Di Muka Ditembak Ketika Cuba Halang Pencuri Lembu Di Tanah Merah


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!