PGA Rampas Dadah Bernilai Lebih RM700,000 Di Pasir Mas

Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas lebih 200 kilogram (kg) dadah disyaki ganja bernilai RM709,450 dalam satu operasi rondaan di sekitar Jeram Perdah, Pasir Mas, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan itu dilakukan pada jam 8.30 malam menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan selepas anggota menahan sebuah kereta di Kampung Kubang Puyu Meranti.

Menurut beliau, sepasukan anggota yang menjalankan rondaan bermotosikal di Kampung Siram Pohon Tanjung mengesan sebuah Proton Saga BLM berwarna putih dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menahan kenderaan tersebut.

“Suspek bagaimanapun bertindak memecut laju menyebabkan anggota mengejar kira-kira 10 kilometer sebelum kenderaan itu berjaya dipintas.

“Suspek kemudian memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 10 meter dari lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan beberapa kotak berwarna coklat yang mengandungi ketulan mampat daun kering serta bahan tumbuhan dipercayai ganja.

Menurut Ahmad Radzi, jumlah keseluruhan rampasan melibatkan 209.5 kg ketulan mampat daun kering dan 500 gram bahan disyaki ganja.

Selain itu, pihak PGA turut merampas sebuah kereta Proton Saga BLM yang dianggarkan bernilai RM20,000.

Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!