Lebih 1,000 Pengusaha Kayu Getah Rayu Lesen Dipercepat, 200 Kilang Di Kelantan Terjejas

Lebih 1,000 pengusaha kayu getah di Kelantan menggesa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan supaya mempercepatkan kelulusan lesen pengeluaran kayu getah bagi mengelakkan kerugian berterusan.

Situasi itu dikatakan turut menjejaskan operasi lebih 200 kilang kayu di seluruh negeri apabila bekalan kayu tidak dapat dikeluarkan, sekali gus menyebabkan ramai pekerja hilang punca pendapatan buat sementara waktu.

Pengusaha kayu getah, Mohd Saidi Ibrahim berkata, permohonan lesen sudah dibuat sejak lebih sebulan lalu, namun sehingga kini masih belum menerima kelulusan walaupun telah beberapa kali menghubungi pihak jabatan bagi mendapatkan pengesahan.

Menurutnya, tanpa lesen pengeluaran, mereka tidak boleh membawa keluar kayu getah ke kilang selepas syarat wajib memiliki lesen pengeluaran kayu getah oleh kerajaan negeri mula berkuat kuasa bermula tahun ini.

Lesen Lama Seminggu, Kini Berbulan Menunggu

Mohd Saidi menjelaskan, sebelum ini hanya satu lesen diperlukan dan boleh dipohon melalui RISDA dengan proses kelulusan sekitar seminggu sahaja.

Namun katanya, kelewatan kelulusan lesen baharu menyebabkan pengusaha terputus sumber pendapatan sedangkan mereka masih mempunyai keluarga dan komitmen hidup untuk ditanggung.

“Saya merayu kepada pihak berkaitan supaya peka dengan nasib kami yang terjejas kerana permohonan lesen yang mengambil masa lama untuk diluluskan malah kami sendiri tidak dimaklumkan secara terperinci bila ia akan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan pengusaha kayu di Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang, hari ini.

“Situasi Ini Tak Pernah Berlaku”

Seorang lagi pengusaha, Mazlan Ibrahim, yang sudah lebih 30 tahun dalam bidang itu berkata keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan berharap penyelesaian segera dapat dicapai.

Katanya, pengusaha sanggup membayar cukai dan mematuhi semua arahan, namun berharap urusan lesen dapat dipermudahkan kerana ia memberi kesan besar kepada ekonomi pengeluaran kayu getah.

Menurut Mazlan, terdapat pengusaha yang sudah menunggu hampir dua bulan walaupun pada awalnya dimaklumkan proses hanya mengambil masa satu atau dua minggu.

“Saya harap pihak berkaitan faham kerana kami ada jentera perlu ditanggung, insuran yang perlu dibayar serta banyak lagi tanggungan lain, kami perlu bekerja,” katanya.

Mazlan turut mewakili pengusaha kayu getah seluruh negeri memohon kerjasama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud serta kepimpinan tertinggi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bagi menyelesaikan isu terbabit.

PKK Turut Ambil Peduli

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Adnan Zain berkata pihaknya mengambil serius isu berkenaan kerana ia melibatkan nasib ribuan pengusaha kayu getah.

Beliau berharap pihak berkaitan dapat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jika perlu, sesi dialog antara pengusaha dan jabatan berkaitan akan diatur bagi mempercepatkan penyelesaian.

Katanya, usaha itu penting supaya operasi pengusaha kayu getah dapat kembali berjalan seperti biasa.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Tiga Blok Bangunan SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah Bachok Terbakar
|
Satu kebakaran besar mengejutkan penduduk apabila tiga blok bangunan…
Pejabat JKM Tanah Merah Disamun Lelaki Bertopeng, Pengawal Keselamatan Diikat
|
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah menjadi sasaran…
Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah
|
Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota…
Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Jawatan Kosong Kelantan