Iran Ikrar Teruskan Perang Sehingga AS-Israel Berdepan Penghinaan Serta “Menyerah Kalah”

Walaupun beberapa serangan dilaporkan meragut nyawa pemimpin tertinggi termasuk tokoh utama negara, Ayatollah Ali Khamenei, Iran mendakwa sistem pemerintahan mereka masih kekal berfungsi dan masih mampu menyerang balas.

Menurut AFP, tentera Iran pada Khamis memberi amaran bahawa mereka akan melancarkan serangan “lebih menghancurkan, lebih meluas dan lebih memusnahkan” terhadap Amerika Syarikat dan Israel.

Pusat operasi ketenteraan Khatam al-Anbiya pula mendakwa konfrontasi akan diteruskan sehingga AS berdepan penghinaan serta “menyerah kalah”, satu kenyataan yang jelas menunjukkan perang psikologi sedang dimainkan secara terbuka.

Amaran itu dikeluarkan pada hari pengebumian Komander Tentera Laut IRGC, Mejar Jeneral Alireza Tangsiri, yang terbunuh dalam serangan Israel.

Ribuan rakyat Iran dilaporkan berhimpun di Teheran bagi menghadiri upacara pengebumian tersebut dan mereka berarak sambil melaungkan slogan dan menyatakan ikrar untuk terus berjuang walaupun negara itu kini berdepan tekanan hebat susulan konflik yang semakin memuncak.

hari pengebumian Komander Tentera Laut IRGC


Perarakan tersebut berlangsung bersempena ulang tahun ke-47 Republik Islam Iran yang diisytiharkan pada 1 April 1979 selepas revolusi yang menggulingkan Shah terakhir Iran, sekali gus menamatkan lebih 2,500 tahun pemerintahan beraja.

Dalam masa sama, Donald Trump mendakwa Operasi Epic Fury sangat berjaya, kononnya tentera laut Iran sudah dihapuskan dan struktur perintah IRGC sedang “hancur”, namun Iran tetap menolak rundingan terus dengan AS walaupun mesej disampaikan melalui perantara seperti Pakistan.


Sumber: AFP

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan