Forbes: Robert Kuok Kekal No.1, Ini Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2026

Gabungan kekayaan 50 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus kepada US$116 bilion (RM458.2 bilion) pada 2026 berbanding US$90 bilion (RM355.5 bilion) setahun sebelumnya, menurut Forbes.

Forbes Asia memaklumkan peningkatan itu didorong pertumbuhan ekonomi negara, pengukuhan ringgit serta pasaran tawaran awam permulaan (IPO) yang kukuh.

Individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok yang kini berusia 102 tahun, kekal di kedudukan teratas apabila kekayaannya meningkat 19 peratus kepada US$13.6 bilion.

Di tempat kedua, Koon Poh Keong bersama adik-beradiknya dari Press Metal Aluminium Holdings menyaksikan nilai bersih mereka melonjak 80 peratus kepada US$9.7 bilion.

Sementara itu, adik-beradik Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari Kumpulan IOI pula naik tiga anak tangga ke tempat ketiga dengan kekayaan bersih US$8.5 bilion.

Dalam kenyataan sama, Forbes Asia berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.2 peratus pada 2025 turut menjadi antara faktor utama yang mengukuhkan kedudukan kekayaan golongan teratas.

Forbes turut mendedahkan seramai 41 individu dalam senarai itu mencatat peningkatan kekayaan tahun ini, termasuk pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart Retail Holdings, Lee Thiam Wah yang menyaksikan kekayaannya hampir berganda kepada US$6.7 bilion.

Selain itu, dua nama baharu turut tersenarai iaitu Lee Kar Whatt, pengasas bersama dan pengarah urusan Eco-Shop Marketing yang membuat penampilan sulung di kedudukan ke-18 dengan kekayaan bersih US$1.5 bilion.

Keluarga Tiong pula berada di kedudukan ke-42 dengan kekayaan US$655 juta, terdiri daripada waris mendiang Tiong Hiew King yang mempunyai kepentingan dalam sektor minyak sawit, hartanah dan media.

Forbes Asia turut memaklumkan nilai minimum kekayaan untuk tersenarai meningkat kepada US$422 juta berbanding US$335 juta tahun lalu.

Menurut Forbes, nilai kekayaan bersih adalah berdasarkan harga saham dan kadar pertukaran setakat penutupan pasaran pada 27 Mac, manakala syarikat persendirian dinilai berdasarkan syarikat setara yang didagangkan secara awam.

10 individu terkaya di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Robert Kuok; US$13.6 bilion

2. Koon Poh Keong dan adik-beradik; US$9.7 bilion

3. Lee Yeow Chor dan Yeow Seng; US$8.5 bilion

4. Adik-beradik Teh; US$7.7 bilion

5. Quek Leng Chan; US$7.5 bilion

6. Lee Thiam Wah; US$6.7 bilion

7. Keluarga Krishnan; US$6.5 bilion

8. Jeffrey Cheah; US$5.3 bilion

9. Francis Yeoh dan adik-beradik; US$4.1 bilion

10. Syed Mokhtar Albukhary; US$3.5 bilion

Senarai individu terkaya di Malaysia tahun 2026


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!