Penutupan Dan Lencongan Jalan Kota Bharu Sempena Walkathon D’Raja Sabtu Ini

Beberapa jalan utama dan persimpangan di sekitar bandar Kota Bharu akan ditutup serta dilencongkan secara berperingkat pada Sabtu ini, 14 Februari 2026, sempena penganjuran program Walkathon D’Raja ‘Walk With Me’.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Haji Mohd Yusoff bin Mamat berkata, penutupan dan pengurusan trafik itu akan bermula dari jam 7.00 petang sehingga 12.00 tengah malam bagi memastikan kelancaran perjalanan program.

Menurut beliau, terdapat enam persimpangan utama yang terlibat dalam lencongan trafik, iaitu:

1. Persimpangan Sultan Ibrahim (Simpang 3 Troika)
2. Persimpangan Wisma Persekutuan
3. Persimpangan Hospital
4. Persimpangan Sri Cemerlang
5. Persimpangan Padang Garong
6. Bulatan Tuan Padang

Selain itu, beberapa laluan turut ditutup sepenuhnya sepanjang acara berlangsung. Antara laluan terlibat ialah:
1. Jalan Bayam - Bermula dari hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Hospital KPJ dan KTC menghala ke Jalan Dusun Muda (dari Simpang Wisma Persekutuan hingga ke Simpang Sri Cemerlang).
2. Jalan Tok Guru - Dari Simpang Sri Cemerlang hingga ke Simpang Padang Garong.
3. Jalan Mahmood - Melalui Jalan Hospital (Hadapan MPKB).
4. Jalan Sultan Ibrahim - Bermula dari Bulatan Tuan Padang sehingga ke Persimpangan Sultan Ibrahim.
5. Kawasan Sekitar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai juga diminta mematuhi segala arahan petugas keselamatan yang ditempatkan di lokasi kejadian.


Pihak PDRM Kelantan turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kelancaran program tersebut.

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!