Wanita Tempah Bantal Khas Gambar Arwah Suami Buat Anak Lepas Rindu

“Call me crazy, call me stupid. I don’t care.”

Itulah luahan seorang wanita menerusi perkongsian di Threads baru-baru ini selepas kehilangan suami tercinta, namun tetap berusaha memastikan anak mereka terus mengingati insan bergelar ayah.

Menerusi perkongsian menyentuh hati itu, wanita berkenaan mendedahkan dia menempah bantal khas yang dicetak dengan wajah arwah suaminya, Muhammad Nor Fazreeq Mohd Shaffi.

Menurutnya, bantal tersebut bukan sekadar hiasan, sebaliknya menjadi ‘pengganti’ untuk anaknya melepaskan rindu terhadap ayah.

Setiap malam sebelum tidur, dia akan mengajar anaknya membaca doa dan menghadiahkan surah Al-Fatihah buat arwah.

“Everyday I will teach Budi to say a prayer to his ayah before bed then Budi will say I love you ayah and kissed the pillow. Al-Fatihah suamiku Muhammad Nor Fazreeq bin Mohd Shaffi. Day 59,” tulisnya.

Walaupun ada yang mungkin memandang pelik tindakannya, wanita itu mengakui tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Baginya, jika usaha kecil itu mampu memastikan anaknya sentiasa mengingati kasih dan kewujudan seorang ayah dalam hidupnya, itu sudah lebih daripada mencukupi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang turut tersentuh dengan kekuatan seorang isteri dan ibu dalam menghadapi ujian kehilangan.

Ramai mendoakan agar beliau terus tabah membesarkan anak serta dikurniakan ketenangan dalam melalui hari-hari mendatang.


Sumber: @stnrbzr | Threads

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!