Orang Kelantan Penyelamat Legasi Melayu Di Bandar

Satu perkongsian video di TikTok oleh pempengaruh JackLee Zolkarnain mencetuskan perhatian apabila beliau menyifatkan kehadiran orang Kelantan dan Pantai Timur di bandar-bandar besar sebagai satu petanda yang baik.

Menurut beliau, orang Kelantan boleh ditemui hampir di semua bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Gombak dan Hulu Klang, sekali gus membuktikan peranan besar mereka dalam landskap bandar.

Beliau berpandangan, kehadiran masyarakat Pantai Timur khususnya dari Kelantan ke ibu negara sebenarnya menjadi penyelamat kepada kewujudan legasi orang Melayu di bandar-bandar besar.

“Kalau orang Kelantan dan Pantai Timur tak datang ke KL dan hanya duduk di negeri masing-masing, bandar-bandar besar ni mungkin sudah dibanjiri warga asing sehingga susah nak jumpa orang Melayu,” katanya dalam video berkenaan.

Selain faktor demografi, beliau turut menekankan peranan orang Kelantan dalam bidang keusahawanan, khususnya dalam perniagaan makanan.

Katanya, orang Kelantan terkenal dengan budaya berniaga dan banyak membuka kedai makan seperti kedai tomyam dan restoran Melayu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna tempatan untuk menyokong peniaga Melayu.

“Kalau malam nak cari makan, kebanyakannya kedai tomyam. Di situlah peranan orang Kelantan. Kalau semua ni tutup, memang susah nak cari kedai makan,” ujarnya.

JackLee turut menyentuh suasana Kuala Lumpur ketika musim perayaan apabila ramai perantau pulang ke kampung, yang menurutnya memperlihatkan ketara dominasi warga asing di ibu kota.

Beliau menyifatkan penghijrahan rakyat dari negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak ke bandar besar sebagai sesuatu yang wajar diteruskan bagi mengurangkan jurang populasi antara warga tempatan dan warga asing, selain mengekalkan identiti masyarakat tempatan.



Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian bersetuju bahawa peranan perantau dari negeri-negeri luar bandar amat penting dalam mengekalkan ekosistem sosial dan ekonomi di bandar-bandar besar.

@jacklee90st

Terima Kasih Perantau Tempatan Yg berhijrah Ke Bandar besar di Ibu kota. Kehadiran Perantau Khususnya Dari kelantan ni meneruskan atau menyelamatkan legasi populasi Melayu di bandar. Warga asing making ramai, jika tiada Perantau Tempatan ni. Bandar2 besar akan dimonoPoli lambakan warga asing #kelantan #sabah #johor #malaysia #kelate

♬ original sound - JackLee Zolkarnain - JackLee Zolkarnain

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan