Kalau sebelum ini ramai hanya menerima parcel satu atau dua kotak, lain pula kisah yang dikongsikan Marissa Dania.
Menerusi video yang sedang tular di TikTok, anak kepada pelakon Abby Abadi itu dilihat menerima ratusan kotak lip serum dalam sebuah lori sebgai hadiah.
Ruangan komen pula dibanjiri pelbagai reaksi lucu. Ada yang berseloroh stok itu cukup untuk digunakan bertahun-tahun, manakala ada juga yang menganggap ia satu bentuk penghargaan daripada pihak yang menghadiahkannya.
Tonton video penuh di bawah.
