“Sampai Anak Cina Pun Orang Melayu Mengaku Anak Dia Untuk Elak Diburu Askar Jepun”

Perkongsian individu berketurunan Cina dari Kelantan, Maszeli Mohammad Wee, mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi kisah peribadi arwah ayahnya sebagai respon terhadap isu tular melibatkan seorang wartawan Free Malaysia Today yang mempersoalkan hubungan kaum Melayu dan Cina di Malaysia.

Menurut Maszeli, arwah ayahnya yang berketurunan Cina memeluk Islam secara senyap-senyap tanpa memohon kad mualaf atau zakat, bukan kerana malu, tetapi kerana tidak mahu orang menganggap beliau “masuk Melayu” atau meminta-minta sedangkan beliau sudah mampu menyara hidup.

Screenshot 2026-01-17 164706



Arwah ayahnya turut mengimbau asal-usul keluarga mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu melalui Thailand dan akhirnya menetap di Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan selepas memohon kad pengenalan.

Ketika itu, katanya, keluarga mereka bersyukur kerana diterima dan sentiasa berterima kasih kepada Raja Kelantan yang membenarkan keturunan mereka tinggal di negeri ini.

Maszeli turut membangkitkan persoalan sejarah yang jarang disentuh, khususnya ketika zaman pendudukan Jepun.

Screenshot 2026-01-17 164847



Beliau mengingatkan bagaimana orang Melayu ketika itu melindungi anak-anak Cina, menjaga rumah dan kedai milik mereka, malah mengaku anak Cina sebagai anak sendiri demi menyelamatkan nyawa.

Katanya, amat menyedihkan apabila generasi baharu yang tidak melalui zaman getir itu dengan mudah melabel orang Melayu sebagai penindas, sedangkan sejarah membuktikan sebaliknya.

Beliau menegaskan bahawa orang Melayu tidak pernah meminta dipuja, sebaliknya sekadar menghargai ucapan terima kasih dan pengiktirafan terhadap jasa silam.



Maszeli turut berkongsi pengalamannya sendiri membesar dalam keluarga Cina di Kelantan yang hidup aman, cukup makan, bersekolah sehingga ke universiti serta mampu menjalankan perniagaan tanpa sebarang penindasan seperti yang sering didakwa.

Screenshot 2026-01-17 165237



Perkongsian itu diakhiri dengan nada sinis, menyindir bahawa sebahagian kekeliruan generasi hari ini mungkin berpunca daripada pengaruh media, malah diselitkan humor mengenai kartun kanak-kanak yang sudah tidak lagi disiarkan.

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!