Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan menjalankan operasi bersepadu di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu pada 10 April 2026.

Operasi itu dilaksanakan dari jam 4 petang hingga 2 pagi susulan kegiatan memandu laju dan aktiviti kumpulan motosikal rempit serta kumpulan berkereta di kawasan sekitar LTSIP yang turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan.

Menurut kenyataan media JPJ Kelantan, operasi tersebut melibatkan elemen penyamaran, pemantauan dan penguatkuasaan, dengan kekuatan seramai 2 pegawai dan 48 anggota JSPT, 11 pegawai dan 38 anggota JPJ, serta 1 pegawai dan 8 anggota Polis Bantuan Lapangan Terbang.

171 Notis, 16 Kenderaan Disita

Sepanjang operasi, sebanyak 205 kenderaan diperiksa dan 132 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Sebanyak 171 notis dikeluarkan manakala 16 kenderaan disita.

Bagi tindakan oleh PDRM, sebanyak 91 kes direkodkan dengan 11 kenderaan disita, melibatkan 10 motosikal dan 1 motokar.

Selain itu, seramai 12 individu menjalani saringan air kencing dan kesemuanya didapati negatif.

JPJ Rekod 41 Kes, 80 Notis Dikeluarkan

JPJ pula merekodkan 41 kes dengan pengeluaran 80 notis atas pelbagai kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.

Sebanyak 5 kenderaan disita, melibatkan 4 motosikal dan 1 motokar.

Antara kesalahan utama yang dikesan termasuk kesalahan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, pengubahsuaian teknikal serta pelanggaran undang-undang lalu lintas.

Yamaha 135LC Kena 13 Saman, Cukai Jalan Tamat Sejak 2018

Dalam operasi itu, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dikenakan 13 saman atas kesalahan ubah suai ekstrem, termasuk kesalahan tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan (road tax) yang tamat tempoh sejak 2018.

669372574_122208462662550876_2521086943806503223_n


Motosikal tersebut turut disita untuk tindakan lanjut.

Selain itu, sebuah motokar jenis Honda juga disita kerana melakukan kesalahan menukar enjin tanpa kebenaran.

JPJ sita honda di airport pengkalan chepa


JPJ Kelantan menegaskan operasi ini menunjukkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam memastikan pematuhan undang-undang dan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

Rondaan dan penguatkuasaan juga akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi membendung aktiviti tidak bermoral serta pelanggaran undang-undang di kawasan tersebut.

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!