Wanita Cina Teruja Kali Pertama Berpuasa, Hitung Detik Berbuka Di Gua Musang

Keterujaan seorang wanita berbangsa Cina yang turut berpuasa untuk berbuka puasa bersama dalam Program Ihya' Ramadan & Program Santuni Kaum Gua Musang mencuri perhatian apabila dia dilihat kerap bertanya waktu berbuka.

Foo Mei Lin, yang mesra dipanggil Mei Lin, tetap kelihatan ceria dan bertenaga walaupun seharian tidak makan dan minum.

Menurut Mei Lin, dia sangat teruja apabila menerima jemputan daripada Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) untuk menghadiri majlis berbuka puasa membabitkan pelbagai kaum.

Katanya, kali terakhir dia menjamah makanan adalah pada awal pagi dan sehingga hadir ke majlis tersebut, dia masih belum makan atau minum namun tetap bersemangat.

“Saya sangat teruja dan gembira apabila dijemput pihak MDGM untuk hadir ke majlis ini. Ini adalah kali pertama saya makan bersama rakan-rakan Muslim yang lain.

“Untuk saya yang pertama kali berpuasa, memang saya menghitung detik jam menunggu waktu berbuka,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di Masjid Buluh, semalam.

Sementara itu, Jayachitra Jayaraman, 43, berkata dia turut gembira apabila dijemput menyertai program tersebut.

Katanya, penganjuran program seperti itu membuktikan kebersamaan masyarakat di daerah berkenaan walaupun berbeza bangsa dan agama.

“Ini adalah kali kedua saya menyertai program yang dianjurkan MDGM sempena Ramadan. Apabila dijemput, kami mewakili kaum India di daerah ini rasa sangat dihargai.

“Saya harap program seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang untuk menyatukan pelbagai bangsa dan kaum di daerah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MDGM, Mohd Roshdi Ismail, berkata program tersebut dianjurkan bagi menyantuni golongan asnaf dan pelbagai kaum termasuk masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, lebih 100 tetamu dijemput dan turut menerima bantuan bakul makanan serta sumbangan kewangan kepada golongan asnaf.

“Saya harap sumbangan yang diterima akan dapat meringankan beban asnaf yang terpilih dalam membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri nanti.


“Selain dapat menyatupadukan pelbagai kaum di daerah ini yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!