Lelaki Ini Tawar Servis Hantar Balik Raya, RM1200 Ke Kelantan

Bagi perantau yang masih belum mendapatkan tiket untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung, kini terdapat alternatif lain selain menggunakan pengangkutan awam.

Seorang pengguna di Threads yang dikenali sebagai Amirjie menawarkan perkhidmatan menghantar perantau pulang beraya sehingga ke depan rumah.

Perkhidmatan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di platform tersebut yang menyenaraikan kadar harga mengikut negeri, termasuk kos tol.


Harga Ikut Negeri

Menurut perkongsian itu, antara harga yang ditawarkan ialah:

servis hantar balik raya
  • Kedah / Pulau Pinang / Perlis – RM1,000
  • Pahang / Terengganu – RM1,000
  • Kelantan – RM1,200
  • Perak – RM300 hingga RM700
  • Selangor / Kuala Lumpur – RM100 hingga RM250
  • Negeri Sembilan / Melaka – RM500
  • Johor Bahru – RM1,000
  • Singapura – RM1,500

Menurutnya, perkhidmatan tersebut disediakan untuk mereka yang terlepas bas atau penerbangan pulang ke kampung.


Minat Memandu Dan Melancong

Amirjie berkata, dia menyediakan servis tersebut kerana menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur selain bercuti lebih awal.

Katanya, dia juga mempunyai minat memandu dan gemar melancong ke seluruh Malaysia.

“Kalau ada yang nak menggunakan khidmat, atau yang terlepas ‘flight’, terlepas bas pun boleh hubungi, itu pun jika masih kosong,” katanya.


Ada Yang Anggap Harga Berbaloi

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna dikenali sebagai Aidil_putera_puteri menyifatkan harga yang ditawarkan sebagai berbaloi terutama pada musim perayaan.

Menurutnya, dia pernah menghantar penumpang ke Besut, Terengganu dengan caj sekitar RM1,200 kerana terpaksa pulang tanpa penumpang.

Katanya, memandu jarak jauh bukanlah mudah kerana memerlukan tenaga dan fokus tinggi sepanjang perjalanan.


Sumber: Kosmo, Threads/amirjie

SHARE:

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan