Dua Beradik Hulur Duit Raya Kepada PMX Dapat Hadiah Ipad

Tindakan dua beradik, Uwais Al Qorni dan kakaknya Aesha Khadeeja memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari luar pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud semalam ternyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan Perdana Menteri di laman rasmi miliknya, kedua-dua beradik itu dilihat begitu teruja apabila berpeluang menyalami serta bergambar bersama Anwar walaupun hanya dari luar pagar lapangan terbang.

Dalam kejadian itu, mereka turut menyampaikan sampul hari raya kepada Perdana Menteri, sekali gus mengundang pujian netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai ikhlas dan menyentuh hati.

Apa yang lebih menggembirakan, hari tersebut menjadi detik luar biasa buat dua beradik itu apabila masing-masing menerima hadiah sebuah iPad sebagai tanda penghargaan daripada PMX.

Dalam tulisan ringkas Anwar di Threads, beliau mengakui tersentuh hati melihat keikhlasan mereka menghulurkan duit raya yang dianggap sebagai tanda kasih yang merendahkan jiwa.

“Saya anggap ia simbol kebersamaan rakyat tanpa mengira usia, saling menguatkan tatkala mendepani krisis ketika ini,” tulis beliau.

ANWAR ibrahim dapat duit raya dari kanak kanak

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!