KPDN Tumpas Cubaan Seludup 4.6 Tan Minyak Masak Bersubsidi Di Tumpat

Cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu satu operasi di Kampung Periok, Chabang Empat, Tumpat pada Khamis.

Ketua Pegawai Penguat kuasa, Aswadi Jaafar berkata, serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu membawa kepada rampasan sebanyak 4.6 tan minyak masak bersubsidi.

Menurutnya, ketika anggota mengekori sebuah lori yang mencurigakan, sebuah trak pikap dikesan bertindak sebagai ‘tonto’ bagi membantu melancarkan pergerakan kenderaan terbabit.

“Kedua-dua kenderaan itu kemudian memasuki kampung. Anggota bertugas terus bertindak menyerbu kedua-dua buah kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Trak pikap jenis Toyota Hilux turut ditinggalkan selepas pemandunya bertindak melarikan diri,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan menemukan 4,692 kilogram minyak masak peket satu kilogram pelbagai jenama yang disyaki untuk diseleweng.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM56,730.


“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!