10 Tan Beras Import Diseludup Dari Thailand Dirampas Di Tumpat

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya menumpaskan cubaan penyeludupan 10 tan beras putih import dianggarkan bernilai RM40,000 dalam satu operasi di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat.

Semua beras putih yang dibawa masuk dari Thailand itu ditemukan ketika pemeriksaan terhadap sebuah lori selepas kenderaan berkenaan diekori sejauh kira-kira 15 kilometer.

Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga, Deputi Superintendan Muhamad Keny Anyie Abdullah berkata, kejayaan itu hasil rondaan bot di perairan Sungai Golok sempena Op Taring Gelora.

Menurutnya, pihaknya mengesan sebuah lori keluar dari Kampung Bendang Pak Yong di Pengkalan Kubor sebelum pasukan darat mengekorinya sehingga ke Jalan Kampung Kebakat.

“Kenderaan itu berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemukan 200 guni beras putih import, dengan setiap guni seberat 50 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam operasi berkenaan, tiga lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 44 tahun ditahan, dengan dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Beras putih import tersebut dipercayai untuk pasaran luar Pantai Timur dan kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.



Setakat ini, rampasan itu merupakan kes ketiga oleh PPM bagi tahun ini, menjadikan keseluruhan 27 tan beras putih import bernilai RM1.1 juta dirampas di negeri ini.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!