Hampir 700,000 Penduduk Hilang Tempat Tinggal Dalam Seminggu Di Lubnan

Hampir 700,000 orang dilaporkan hilang tempat tinggal di seluruh Lubnan dalam tempoh lebih seminggu susulan konflik yang semakin meruncing.

Menurut laporan oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) pada Selasa, keadaan itu menyebabkan ramai keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka dalam masa yang sangat singkat.

Wakil UNHCR di Lebanon, Karolina Lindholm Billing berkata kepada pemberita di Geneva bahawa krisis tersebut berlaku selepas beberapa serangan dan amaran pemindahan dikeluarkan kepada penduduk.

Amaran itu dikeluarkan pada 2 Mac melibatkan lebih 53 kampung serta kawasan padat penduduk.

"Kehidupan terjejas dalam skala yang amat besar," katanya.

Lebih 600,000 Orang Daftar Sebagai Hilang Tempat Tinggal

Menurut pihak berkuasa Lubnan, lebih 667,000 orang telah mendaftar di platform kehilangan tempat tinggal dalam talian kerajaan.

Jumlah itu meningkat lebih 100,000 orang hanya dalam masa sehari, dan angka tersebut dilaporkan terus bertambah.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 120,000 orang kini berlindung di pusat perlindungan kolektif yang disediakan kerajaan, manakala ramai lagi tinggal bersama saudara-mara atau sedang mencari tempat perlindungan selepas melarikan diri dari rumah.

Ramai Lari Ke Syria

Keganasan yang berterusan turut menyebabkan pergerakan rentas sempadan ke negara jiran, Syria.

Menurut pihak berkuasa Syria, lebih 78,000 warga Syria serta lebih 7,700 rakyat Lubnan telah memasuki negara itu sejak konflik kembali memuncak.

Ramai Alami Trauma Selepas Konflik Berulang

Billing berkata ramai keluarga yang kini hilang tempat tinggal sebenarnya pernah melalui situasi sama ketika konflik pada 2024, menyebabkan ramai penduduk awam mengalami trauma dan ketakutan.

Setakat ini, UNHCR telah menghantar kira-kira 168,000 barangan bantuan kecemasan kepada lebih 63,000 mangsa di lebih 270 pusat perlindungan.

Namun menurutnya, usaha bantuan kemanusiaan di Lubnan ketika ini hanya menerima 14 peratus pembiayaan yang diperlukan.

"Setiap hari konflik berterusan, lebih banyak penderitaan dirasai ratusan ribu orang awam, manakala Lubnan dan rantau itu semakin tidak stabil," katanya.

"Orang awam mesti dilindungi pada setiap masa dan akses kemanusiaan yang selamat tanpa halangan mesti dijamin agar bantuan dapat sampai kepada mereka yang paling memerlukan."


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!