Dikenali “Abe Air Percuma”, Lelaki Ini Agih 15 Balang Air Setiap Hari Sepanjang Ramadan

Setiap kali menjelang Ramadan sejak empat tahun lalu, seorang pemilik kedai makan di Kampung Pasir Pekan Tengah mengambil inisiatif menyediakan air balang secara percuma untuk orang ramai.

Pemilik kedai makan WaVroooum KCR, Shazwan Saupi, 43, menyediakan sebanyak 15 balang air setiap hari untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar.

Setiap hari, lebih 500 penerima dapat menikmati air balang pelbagai jenis itu, dengan setiap individu diberikan dua jenis minuman.

Menurut Shazwan, air percuma tersebut mula diagihkan sekitar jam 5 hingga 6 petang di kawasan Kampung Pasir Pekan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra.

Selain di lokasi itu, sebahagian air turut diagihkan di beberapa kawasan sekitar bandar Kota Bharu.

Katanya, kerana usaha yang dilakukan saban tahun itu, dia kini dikenali oleh masyarakat sekitar sebagai “Abe Air Percuma”, terutama dalam kalangan golongan asnaf yang menjadi penerima tetap setiap hari.

“Rutin menyediakan 15 balang air sudah dilakukan sejak empat tahun lalu setiap kali tibanya Ramadan.

“Pada asalnya beberapa tahun lalu saya mahu menjual air balang di tepi jalan.

“Namun setiap kali kenalan datang untuk membeli, saya akan memberi secara percuma sehingga ada kawan berseloroh supaya saya agih secara percuma saja, tidak perlu menjual,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, pada peringkat awal dia hanya menyediakan empat balang air, namun jumlah itu semakin bertambah apabila semakin ramai yang datang mendapatkan minuman percuma.

Shazwan yang juga Penghulu Kampung Pasir Pekan Tengah berkata, ramai pihak termasuk rakan-rakan tampil memberi sumbangan bagi membantu menampung kos penyediaan air tersebut.

Menurutnya, ada juga pemilik kedai runcit yang memberi barangan secara percuma apabila mengetahui minuman itu disediakan untuk orang ramai.

“Lokasi di sini memang menjadi tempat tetap setiap petang. Jika ada kawan yang cuti bekerja, mereka akan datang mengambil air untuk diagihkan di sekitar bandar Kota Bharu termasuk kepada gelandangan dan kakitangan hospital,” katanya.

Bagi menyediakan 15 balang air setiap hari, Shazwan memerlukan kira-kira 40 plastik ais selain beberapa kilogram gula.


Katanya, kebanyakan penerima terdiri daripada golongan asnaf yang sudah menjadi “pelanggan tetap” setiap petang.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!