“Islam Melarang Lelaki Menyerupai Watak Wanita Dan Wanita Dilarang Menyerupai Lelaki” -Mufti Kelantan

Umat Islam yang mencari rezeki dengan berniaga ketika Ramadan dinasihatkan supaya menghormati kod etika agama Islam.

Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad berharap semua umat Islam memahami dan tidak melanggar batas yang ditetapkan.

Katanya, ia bagi menjaga kesucian Islam dan Ramadan supaya tidak dinodai atau dicemari dengan perbuatan yang tidak diredai Allah SWT.

“Isu untuk menarik perhatian pelanggan ini tidak ada halangan untuk membuat iklan tetapi kena patuh kepada kehendak Islam.

“Jangan pula kerana nak tarik pelanggan sampai melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Islam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, perbuatan seperti mengumpat adalah dilarang bukan hanya pada Ramadan, malah pada bulan lain juga.

Menurutnya, sama ada di luar atau dalam Ramadan, semua umat Islam perlu menghormati peraturan dan berakhlak Islam.

“Islam melarang lelaki menyerupai watak wanita dan wanita dilarang menyerupai lelaki. Lelaki biar kekal dengan kelelakian dan perempuan itu dengan keperempuanannya.

“Kalau seorang lelaki memakai pakaian wanita dan orang melihat merasakan dia wanita, jadi ia sudah berubah watak itu. Jadi ketika itu adalah dilarang (berpakaian wanita) supaya ia tidak menimbulkan kesamaran yang boleh menimbulkan sebarang salah sangka,” katanya.

Beliau menambah, antara akhlak Islam ialah tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan salah faham dan curiga.

Terdahulu, media melaporkan tular video memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti duyung sambil berjoget di sebuah gerai menjual air balang dipercayai di Pengkalan Chepa.


Rakaman berdurasi 26 saat itu tular di Facebook dan menerima kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai memalukan, lebih-lebih lagi dilakukan ketika Ramadan.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

PRN Johor: Khairuddin Ajak Ahli PAS Undi BN Di Kawasan Tidak Tanding
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri…
Markas Ajaran Syiah Diserbu, 226 Individu Termasuk 28 Kanak-Kanak Diperiksa
|
Sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana di Petaling…
KRW FC Laku Keras, Tarik Minat Syarikat Besar Jadi Penaja
|
Bakal beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara musim…
Klinik Swasta Tanpa Tauliah, Warga Pakistan Jadi Doktor Palsu
|
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai…
Pantai Timur Catat Kadar Penagihan Pil Kuda Tertinggi Di Negara
|
Negeri-negeri di Pantai Timur mencatat kadar penagihan dadah sintetik…
Lebih 10 Tong Sampah PBT Dibakar, Kelantan Rugi Lebih RM100,000
|
Kerajaan Kelantan menanggung kerugian melebihi RM100,000 selepas lebih 10…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!