Rindu Ibu Setiap Ramadan, Dua Beradik Cekal Di Pondok Tahfiz Tunai Hasrat Arwah Bapa

Sudah empat tahun bergelar anak yatim, dua beradik ini tenang meneruskan kehidupan dengan menuntut ilmu agama di sebuah madrasah tahfiz di Kota Bharu.

Muhammad Khairul Hafizi Kamarulzaman, 15, dan adiknya, Khairul Nazri Azmi, 13, ditempatkan di Madrasah Tahfizul Quran Pantai Mek Mas bagi menunaikan hasrat arwah bapa mereka yang mahu kedua-duanya mendalami ilmu agama di institusi pondok.

Menurut Muhammad Khairul Hafizi, walaupun gembira dan selesa menetap di madrasah tersebut, perasaan rindu terhadap ibu tetap hadir, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan.

“Bapa meninggal dunia akibat serangan jantung empat tahun lalu. Sebelum itu, dia sudah banyak kali meminta kami dihantar ke sekolah pondok. Memang rindu ibu, tapi ini demi masa depan kami,” katanya.

Ibu mereka yang berusia 40-an kini tinggal bersendirian di rumah pusaka di Jalan Sultanah Zainab dan bekerja sebagai pembantu di kedai bunga. Sesekali beliau akan datang menjenguk anak-anaknya di madrasah.

Menurutnya lagi, setiap kali cuti sekolah, mereka teruja untuk pulang bertemu ibu, apatah lagi apabila Ramadan semakin hampir.

“Biasanya hujung Ramadan baru mula bercuti. Tak sabar berbuka dan bersahur bersama ibu. Kadang-kadang kami berbuka di Masjid Jamek Muhammadi sebab ada juadah percuma dan suasananya meriah,” katanya.

Dua beradik itu ditemui pada program Marhaban Ya Ramadan anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas Kota Bharu dengan kerjasama NGO iKasih Kelantan dan Cempaka Merah Asnaf Society.

Pengerusi PAWE Kota Bharu, Lokman Ishak berkata, seramai 100 pelajar termasuk asnaf dan anak yatim dari tiga madrasah tahfiz sekitar Kota Bharu diraikan dalam program tersebut.


“Mereka dijamu makan dan diberikan sedikit sumbangan wang tunai hasil sumbangan orang ramai dan NGO terlibat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan