Pelajar PhD UIAM di Palestin tetap siapkan kajian walau serba kekurangan

Di sebalik kesengsaraan berpanjangan yang menimpa rakyat Palestin, semangat menuntut ilmu tetap tidak pernah padam. Seorang pelajar Palestin, Fadi Esleem, yang kini mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejururawatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), tetap gigih menyiapkan kertas kajiannya walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Menerusi perkongsian sahabatnya, Rasheedan Ellin di Facebook, Fadi tetap meneruskan penyelidikannya walaupun hanya bermejakan baldi dan berlantaikan pasir di kawasan khemahnya di Palestin.

“Kajian beliau berkaitan pesakit COPD kronik. Mohon doa teman soleh solehah semua Fadi selamat sentiasa,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menurut Rasheedan, mereka sering berhubung melalui aplikasi WhatsApp meskipun tidak pernah bersua di Malaysia.
Beliau turut berkongsi gambar Fadi yang kelihatan sedang menulis menggunakan komputer riba di atas baldi sambil duduk bersila di atas pasir.

“Fadi beritahu ada tembakan di kawasan khemah beliau sekarang,” katanya lagi.

Kisah Fadi mendapat perhatian ramai yang kagum dengan ketabahannya untuk meneruskan pengajian walaupun dalam suasana peperangan.

Seorang pengguna Facebook menulis: “Guru Quran dan Tahfiz saya semasa di UIA juga orang Palestin yang sedang buat PhD dalam bidang ekonomi ketika itu. Kuat semangat mereka nak belajar.”
Manakala seorang lagi mendoakan agar segala urusan Fadi dipermudahkan.

#Kelantan Daily
Sumber: Rasheedan Ellin, Siakap Keli

TERKINI

KPDN Sahkan Tiada Unsur Penipuan Dalam Iklan ‘Durian Percuma’ Tular Di Kota Bharu
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Dua Scammer Warga China Ditahan Di Pasir Mas, 142 Kad Sim Dan 45 Telefon Dirampas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warga China…
Polis Kelantan Berjaya Tumpaskan Sindiket Curi Kabel ECRL
|
Polis Kelantan berjaya menumpaskan satu sindiket yang dipercayai aktif…
Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!