“Remuk Hati Saya Dilabel Anak Derhaka” – Anak Pak Mail Tampil Perjelas

Seorang lelaki tampil mempertahankan keluarganya selepas dilabel sebagai anak derhaka dan dikecam orang ramai susulan isu tular membabitkan bapanya, seorang warga emas nyanyuk di Kampung Repek, Pasir Mas.

Abdullah Ismail, 59, berkata, bapanya, Ismail Che Noh, 79, atau dikenali sebagai Pak Mail, mengalami masalah nyanyuk sejak lebih setahun lalu dan menetap di sebuah rumah kecil di sebelah rumah keluarganya selepas kematian isteri.

Allah saja tahu betapa remuk hati saya apabila dilabelkan sebagai anak derhaka oleh aktivis masyarakat (Abbe Hae) itu dan dikecam oleh orang ramai sedangkan kami sekeluarga sangat menjaga bapa,” katanya.

Menurutnya, bapanya enggan tinggal bersama keluarga walaupun telah dipujuk beberapa kali.

Bapa enggan tinggal bersama kami. Saya meminta anak sulung supaya menemani dan menguruskan ayah namun semakin hari sikap ayah semakin agresif sehingga bertindak menyepahkan rumah dan memecahkan barangan,” katanya.

Beliau berkata, anak sulungnya kemudian menyewa di rumah lain, namun keluarga tidak pernah mengabaikan warga emas itu.

Anak sulung kemudiannya menyewa di rumah lain namun kami yang tinggal di sebelah rumah tidak pernah mengabaikannya malah setiap hari, saya akan membelikannya nasi bungkus sebelum keluar bekerja,” katanya.

Abdullah berkata, ketika waktu rehat, dia akan pulang untuk memandikan bapanya kerana lampin pakai buang yang dipakaikan sering ditanggalkan, selain memastikan makan tengah hari sudah diberikan sebelum kembali bekerja di Wakaf Bharu, Tumpat.

Tidak timbul isu berkaitan pengabaian yang didakwa aktivis itu dan kami tidak tahu dari mana dia mendapat berita mengenai ayah sebelum datang dan terjah dengan memecahkan pintu rumah ayah yang didakwa kami mengurungnya tanpa sebab,” katanya.

Menurut Abdullah, dia terpaksa mengurung bapanya kerana sering keluar merayau sejak nyanyuk sehingga menyebabkan mereka perlu mencari dan ada kalanya dihantar sesiapa yang mengenali.

Katanya, keluarganya sangat terkejut apabila kisah bapanya tular sebaik aktivis berkenaan datang dan ‘membantu’ warga emas itu yang didakwa seolah-olah diabaikan ahli keluarga.

Ketika dia (Abbe Hae) datang, hanya ada seorang anak perempuan sahaja di rumah dan rombongan itu memecahkan pintu untuk membawa keluar bapa dan dalam masa sama anak dihalang untuk menjelaskan perkara sebenar malah dimarahi,” katanya.

Beliau berkata, bapanya kemudiannya dibawa ke Hospital Pasir Mas dan ditinggalkan di sana sebelum beliau pergi membawa pulang bapanya, selain laporan polis dibuat terhadap keluarga.

Mereka kemudiannya membawa bapa ke Hospital Pasir Mas dan ditinggalkan di sana sebelum saya pergi untuk membawa pulang bapa, malah laporan polis juga dibuat atas dakwaan kami mengabaikan bapa,” katanya.

Abdullah menegaskan dia tidak mungkin sanggup mengabaikan bapanya sendiri kerana orang luar tidak pernah mengetahui bagaimana mereka sekeluarga menguruskan warga emas itu sebaik mungkin.

Saya akan tetap menjaga ayah sehingga akhir hayat dan dia pun dipindahkan ke rumah kami walaupun sering mengamuk ingin kembali ke rumahnya tapi kami akan memasang jeriji besi di pintu bilik bagi mengelakkannya keluar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad turut hadir menziarah keluarga berkenaan dan menyerahkan sumbangan kerusi rehat serta tilam untuk kegunaan warga emas terbabit.


Dalam lawatan sama, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas memaklumkan kelulusan bantuan bulanan sebanyak RM500 sebulan telah diperoleh untuk Ismail Che Noh.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!